SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Tuesday, April 27, 2021







PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PENSYARAH : USTAZ MOHD FAIZAL BIN MAT PESA

NAMA AHLI KUMPULAN;

KASSMITHA A/P LETCHUMANAN
14DAT20F2037



REENUSHA A/P MAHAYENDIRAN
14DAT20F2067



AMIRA RYHANA BINTI MOHKTAR
14DAT20F2015 



NUR FARHANA BINTI AHMADI
14DAT20F2041







《PENGENALAN》

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina, India, kadazan dusun, Iban dan sebagainya. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama ini perlulah menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat agar mewujudkan suasana negara yang lebih aman dan damai.


KOMPOSISI PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

  • Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah kaum Melayu, Cina dan India.
  • British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan ekonomi.
  • Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British
  • Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
  • Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing


KAUM MELAYU

  • Penguasaan orang Melayu terhadap sektor ekonomi di negeri masing-masing semakin berubah dan merosot akibat campur tangan British 
  • Orang melayu kekal diperkampungan masing-masing 

KAUM CINA

  • Kemasukkan masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786
  • Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.
  • Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai.
  • Walaupun kemasukan orang Cina secara besar-besaran tetapi bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. 
  • Jumlah orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.

KAUM INDIA

  • Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an
  • Tumpuan masyarakat India ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah 
  • Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah Sistem Kangani.



👉KONSEP MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA👈

Masyarakat majmuk tidak terbentuk secara semulajadi. Masyarakat majmuk wujud apabila adanya penghijrahan bangsa lain dalam negara tersebut. Masyarakat ini terdapat beberapa kumpulan etnik yang hidup bercampur gaul dan tinggal dalam satu unit politik yang sama dan mempunyai budaya tersendiri. Di Malaysia masyarakat majmuk terdiri daripada tiga etnik iaitu Melayu, Cina dan India.


Agama dan Kepercayaan



Kaum Melayu

  • Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam yang dibawa masuk ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan asas perundangan yang utama dalam agama ini.


Kaum Cina

  • Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan ialah fahaman Taoisme iaitu sistem falsafah dan keagamaan Cina. 
  • Taoisme mendidik pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa. 
  • Fahaman Confucianisme merupakan satu lagi anutan popular dalam masyarakat Cina. 


Kaum India

  • Agama yang paling banyak dianuti ialah agama Hindu.
  • Pengikutnya perlulah berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan tuhannya agar mendapat balasan
  • Agama Hindu berbentuk politestik iaitu mempunyai banyak tuhan. Contohnya Brahma, Vishnu dan Siva


Masyarakat Sarawak

  • Majoriti kaum di Sarawak ialah orang Iban iaitu Dayak Laut, orang Melayu dan orang Melanau.
  • Orang Iban berpegang pada ajaran animisme yang dipengaruhi unsur-unsur fahaman Hindu-Buddha.
  • Sebahagian juga menganut agama Kristian.
  • Ada juga orang Iban yang berpegang kepada kepercayaan tradisional mereka.


Masyarakat Sabah

  • Majoriti masyarakatnya ialah Kadazandusun yang menganut kepercayaan animisme.
  • Sebahagian kecil pula memeluk agama Islam dan Kristian.
  • Segelintir masyarakat Kadazandusun pula tidak mempunyai agama 
  • Masyarakat Bajau pula majoritinya memeluk agama Islam


KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM



KAUM MELAYU

  • Adat Pepatih dan Adat Temenggong 
  • Perayaan kaum melayu adalah sambutan Hari raya aidilfitri, aidiladha, Nuzul Al Quran, Maulud nabi dan Awal muharam.
  • Kuda kepang dan gamelan.
  • Adat perkahwinan kaum melayu ialah mengikut turutan iaitu dimulai dengan keluarga lelaki datang merisik keluarga perempuan. Seterusnya, bertunang dan diteruskan dengan bersanding. 
Jenis pakaian kaum melayu

  • Pakaian cik siti wan kembang
  • Baju kebaya labuh
  • Baju riau atau pahang



KAUM CINA

  • Kalendar orang cina yang dikenali dengan nama nama binatang tertentu.
  • Keinginan mendapat anak pertama
  • Mementingkan pelajaran
  • Tahun baru cina
  • Perayaan hantu lapar
  • Perayaan kuih bulan.



KAUM INDIA

  • Masyarakat india mempunyai tiga jenis perayaan utama iaitu Deepavali, Thaipusam, dan Thai Pongal. 
  • Pakaian tradisi untuk kaum wanita ialah Sari. Pakaian untuk kaum lelaki pula digelar Dhoti, Vesti atau Kurta.
  • Makanan masyarakat india di negara ini ialah nasi ataupun roti roti tertentu. Roti yang popular adalah chapati, paratta, dan puri. Nasi atau roti dimakan Bersama dengan kari atau dal.



MASYARAKAT SARAWAK 

  • Masyarakat iban tinggal di rumah Panjang.
  • Masyarakat iban mempunyai upacara upacara khas dalam adat kematian.
  • Banyak menghasilkan kraf tangan seperti anyaman, kain selimut dan bakul daripada rotan.
  • Jenis jenis tarian mereka ialah ngajat, berpencaha, berkuntau, main kerichap dan main cekak. Sehinnga hari ini masyarakat Sarawak mengekalkannya.

  



MASYARAKAT SABAH

  • Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh roh jahat.
  • Bagi kelahiran, proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga dan jiran.
  • Menghasilkan kraftangan seperti tudung terendak, perangkap tupai, dan perangkap tikus.

 


Faktor Mempergaruhi Perpaduan Dan Intergrasi Nasional

Matlamat utama untuk memajukan sesebuah negara adalah dengan konsep perpaduan. Sekiranya tahap perpaduan sangat rendah ,boleh menimbulkan ketidakamanan dan kemusnahan antara berbilang kaum.

 

1.Masalah-masalah Awal Perpaduan Kaum Rakyat Malaysia.

  • Malaysia  ada menghadapi masalah perpaduan yang serius apabila tercetus rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.


2. Permisahan Tempat Tinggal atau Penempatan

  • Isu permisahan tempat tinggal akan mengakibatkan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British.
  • Kerajaan British telah  menetapkan bahawa setiap kaum mempunyai tempat penepatan masing-masing.
  • Ikatan hubungan yang sangat jauh dan berbeza dari segi agama,Pendidikan,akhbar,persatuan dan pengaruh politik.


3.Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi

  • Orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan
  • Orang cina kekal dalam sektor perlombongan dan perdagangan
  • Orang india pula kekal di estet-estet.

  

4.Pengasingan Sistem Pendidikan

  • Kaum melayu mempunyai dua jenis sistem Pendidikan dibenarkan iaitu sekolah vernakular melayu ataupun beraliran inggeris.
  • Masyarakat india,sekolah tamil dibuka di estet-estet.
  • Orang cina pula mereka kekal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.
  • Pelajar cina mementingkan diri pergolakan politik,ekonomi dan sosial yang berlaku di negara cina.


5.Fahaman dan Pengaruh Politik yang berbeza

  • Ramai orang cina di tanah melayu telah didorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sana-saudara mereka
  • Oleh itu,orang india masih menganggap india sebagai tanah air mereka.
  • Persatuan-persatuan india juga muncul lebih cepat seperti Persatuan India Pusat pada tahun 1937yang memperjuangkan keadaan pekerja-pekerja india.
  • Orang melayu sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.
  • Perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk berkerjasama.


 6.Masalah Ekonomi

  • Orang melayu lebih menguasai sektor primer
  • Orang cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden.
  • Ketidakseimbangan pendapatan bagi setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain.

 

7.Perbezaan Kepercayaan atau Agama

  • Melayu beragama islam,india beragama hindu dan cina beragama buddha.
  • Pengangan dan ideologi setiap agama ini berbeza.


 8.Penggunaan Akhbar  yang Berbeza-beza

  • Akhbar Bahasa cina mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara china
  • Akhbar berbahasa tamil menunjukkan berita di India.


KESIMPULAN

Konklusinya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada hubungan baik yang terhalang antara masyarakat. Hal ini dikatakan kerana, perpaduan negara merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Kita mestilah bersama-sama bersinergi dalam mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan tidak menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Jika semua rakyat bersama-sama bersatu padu tanpa mengira perbezaan, kaum dan agama pasti permuafakatan akan dikecapi.







SEKIAN TERIMA KASIH💘










13 comments:

Unknown said...

Terbaikk penerangan yang jelas

Unknown said...

Info yang padat

Unknown said...

rujukan yang baik

Nur syafikah said...

Interesting info🥰👍🏻

farhana hidayah said...

info cukup and mudah memahami setiap isi !

Unknown said...

👍🏻👍🏻

Ainnadh said...

Mantap

Zack said...

Bagus anak muda.. tidak alpa pada sejarah Malaysia.

Unknown said...

Mantappp🥰🥰❣️❣️

Unknown said...

Terbaikk🤩

Mega said...

Bagus👍

Mega said...
This comment has been removed by the author.
Unk123 said...

Penyampaian fakta yg menarik

Post a Comment